Skip to main content

Makanan Tradisional Terengganu Yang WAJIB 'Cuba Try Test'


 NASI DAGANG

Nasi Dagang seringkali dijadikan makanan sarapan pagi di negeri Terengganu. Secara tradisionalnya, nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan diikat dengan menggunakan lidi.Kalau di Kuala Terenggau, antara kedai makan yang popular dengan Nasi Dagang Terengganu ialah di Kedai Nasi Dagang Mak Ngah dan juga Nasi Dagang Kak Pah di medan selera Batu Burok. Kalau di Dungun, salah satu kedai yang sedap nasi dagangnya ialah di Warung Pak Din.

Image result for NASI DAGANG


 KEROPOK LEKOR

Makanan yang popular di Terengganu. Tidak perlu ditakwil dan dipertikaikan lagi, asal keropok lekor sememangnya dari Negeri Terengganu.Memandangkan Negeri Terengganu kaya dengan sumber ikan, maka boleh dikatakan dari Kemaman sampailah ke hujung Besut ada je gerai yang menjual keropok lekor. Kalau di Kuala Terengganu, antara kedai yang popular ialah di Losong dan juga di Seberang Takir. Kalau di Kemaman, anda boleh ke Kg Geliga.


                                  Image result for keropok lekor

    
KETUPAT SOTONG

Masakan tradisional Terengganu dan lauk yang memang cukup sinonim di Terengganu di mana sotong akan disumbat dengan beras pulut dan dimasak secara berkuah lemak. Hidangan Ketupat Sotong kebiasaanya di makan dengan nasi putih.Ada juga sesetengah kedai yang menjual ketupat sotong ini sebagai hidangan santai waktu petang hari. Di Terengganu menu lauk ketupat sotong lebih dikenali dengan nama ‘tuppat sutong’ ataupun ‘sutong sumbak’.


Image result for ketupat sotong



LAKSA TERENGGANU

Seperti juga di negeri lain, menu laksa di Terengganu mempunyai keunikannya tersendiri terutamanya pada kuahnya. Di sini terdapat 2 jenis kuah yang dikenali dengan kuah putih dan kuah merah.

Kuah putih rasanya lebih lemak dan mempunyai rasa isi ikan yang kuat manakala kuah merah lebih pedas dan berempah

Image result for laksa terengganu



    PUTERI MANDI

Puteri Mandi merupakan kuih tradisional negeri Terengganu. Ia kelihatan sama seperti onde – onde, tetapi berbeza dari segi penyediaannya.Rasa kuih ini agak manis dan sering dijadikan hidangan pada waktu petang. Terdapat dua versi kuih ini iaitu salah satunya berwarna putih dan digaul bersama kelapa parut muda. Manakala versi lain pula menggunakan kelapa parut tua yang dicampur dengan gula Melaka.Kuih ini biasa didapati menjelang bulan Ramadhan dan dijadikan hidangan sampingan semasa berbuka puasa.

Image result for puteri mandi




 SATAR

Masyarakat Terengganu sememangnya kreatif dalam bidang masakan. Memandangkan stok ikan yang mudah didapati di negeri ini, maka banyak hidangan yang menggunakan ikan terhasil untuk dipasarkan.Satar antara makanan ringan yang diperbuat dari isi ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu.Ia terdiri dari campuran ikan tumbuk, cili serta halia dan dibungkus dalam daun pisang berbentuk 3 piramid. Setiap satar akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.Ia boleh dimakan bersama nasi atau juga boleh dimakan begitu sahaja.


Image result for satar


ROJAK KATEH

Rojak Kateh kelihatan seperti hidangan asam pedas. Kuahnya berwarna merah dan rasanya pula adalah masam serta pedas. Ia merupakan hidangan istimewa masyarakat Terengganu setiap tahun menjelang musim ibadah korban.Kateh merupakan kaki lembu, oleh itu nama rojak kateh merupakan rojak kaki lembu. Hidangan ini menggunakan kulit, isi dan urat yang terdapat di kaki lembu sahaja. Ia dimasak bersama cili giling, nisan kerek serta bahan – bahan lain termasuklah kaki lembu dan lidah lembu.Biarpun proses menyediakan makanan ini agak rumit, namun rasanya sangat sedap dan berbaloi untuk menyediakannya. Rojak kateh ini boleh didapati di pasar – pasar utama di sekitar negeri Terengganu.


Image result for rojak kateh




KUIH BERONOK

Kuih Beronok ini merupakan kuih sagu yang merupakan kuih tradisional Melayu. Ia diperbuat daripada sagu biji atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan.Kuih Beronok ini akan digaul bersama kelapa parut yan dicampurkan dengan sedikit garam. Ia cukup enak dimakan ketika minum petang ataupun semasa sarapan pagi. Kuih ini sedikit lembik namun cukup memuaskan hati ketika menikmatinya.

Image result for kuih bronok

Comments